RSS

Pentas Debat Untuk Najib Sudah Disediakan

24 Jan

LABIS 24 JAN : Pakatan Rakyat bersedia menyediakan platform perbahasan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa pilihanraya di DUN Tenang ini.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihanraya PAS PRK DUN Tenang, Salehuddin Ayub pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau menambah Datuk Seri Najib tidak perlu mengeluarkan pelbagai alasan dan helah untuk menerima pelawaan debat tersebut kerana pentas telah pun ditawarkan agar rakyat dapat menilai hujah daripada kedua-dua pemimpin itu.

“‘Kami Pakatan Rakyat DUN Tenang sedia menyediakan pentas untuk kedua-dua tokoh.

“Najib tidak wajar tolak pelawaan kami sekiranya konsisten. Kalau takut guna perkataan debat, guna perkataan diskuasi,” ujar beliau.

Dalam pada itu ditanya media kesedian calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman untuk berdebat sekiranya dicadangkan, Salehuddin menjawab.

“Kami bersedia pada bila-bila masa dan kami amat yakin sekiranya ada NGO yang mahu mempengerusikannya,” tambahnya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Salehuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menggesa kerajaan  menyiasat segera kerugian MAS RM8 bilion yang dianggap skandal kedua terbesar selepas Port Klang Free Zone (PKFZ) ketika dipimpin Tan Seri Tajuddin Ramli.

Beliau turut mempersoalkan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada bekas menteri Umno-Barisan Nasional itu berhubung perkara itu.

“Kalau Najib ikhlas dan konsisten dalam agenda perangi rasuah, maka saya mohon kerugian MAS mesti diambil tindakan.

“Adakah dia telah masuk ke dalam zon ‘untouchable’?” ujar Salehuddin lagi.

Salehuddin turut menyentuh laporan akhbar China Press semalam yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang menuduh calon PAS, Normala mempersoalkan penjualan arak di kedai makanan yang dilawati ketika sesi bertemu masyarakat di DUN Tenang.

Beliau berkata penafian telahpun dibuat oleh Normala dan menggesa ahli parlimen itu mengemukakan bukti tuduhan itu.
“Kita cabar ahli parlimen ini kemukakan bukti,” tegas beliau.

Sejak akhir ini, Normala sering diserang oleh komponen MCA berhubung isu agama dan perkauman di DUN Tenang.

Normala akan bertanding satu lawan satu dengan calon BN, Azhar Ibrahim pada 30 Januari nanti.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: