RSS

Jaminan Islam, Melayu dipertahan dalam Pakatan

18 Feb

usnikzawawi_mt03KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah jaminan bahawa Islam dan Melayu dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.

 Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dipetik sebagai  berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

“Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.”

Sebelum ini, Presiden PAS menegaskan, konsep utama dalam Pakatan Rakyat adalah pakatan antara parti-parti di dalamnya iaitu PAS, PKD dan DAP.

Oleh itu, segala apa yang hendak dilaksanakan hendaklah mendapat persetujuan bersama di kalangan mereka.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar atas) percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.

“PAS tetap setia dengan Pakatan selagi mana kepentingan Islam menjadi keutamaan,” katanya.

Katanya, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, tegasnya.

“Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS,” katanya.

Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang.

 
 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: