RSS

Category Archives: BERITA DUNIA

Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1

Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Ogos 2013 in BERITA DUNIA

 

Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Julai 2013 in BERITA DUNIA, TOKOH-TOKOH ULAMA`

 

Menyayat Hati Revolusi Kebangkitan Rakyat Islam di Syria

b0698-252105_484020301639145_1492279627_n

Ramai yang tertanya-tanya serta masih kabur isu sebenar yang berlaku di Syria. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria? Kenapa mereka yang sebelum ini nampak aman je, tiba-tiba bergolak dalam kancah peperangan yang maha dahsyat? InsyaAllah, di bawah ini adalah penerangan serta pencerahan berkenaan dengan Revolusi Syria yang sedang berlaku sekarang ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Jun 2013 in BERITA DUNIA

 

Mumia Firaun Yang menislamkan Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Mumia Firaun Yang Mengejar Nabi Musa Menyebabkan Keajaiban

Mumia Firaun(Ramses II)

Mumia Ramesses II Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

 

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

 

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

 

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. 

 

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Jun 2013 in BERITA DUNIA

 

Perdana Menteri JEPUN Umum Pendidikan Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia!

Foto

Perdana Menteri JEPUN Umum Pendidikan Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia!

Perdana menteri MALAYSIA dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika pendidikan percuma di berikan pada rakyat malaysia, negara akan bangkrup.

Perdana menteri jepun Sinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari malaysia untuk belajar di jepun.

Bercakap kepada agensi berita fakap EP di tokyo hari ini, sinzo abe berkata,pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat malaysia kerana negara jepun adalah negara yang berkebajikan.

Jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat malaysia yang tertindas dan yang kena tindas. Tinjauan Dr @tiewnama di tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada kerajaan jepun atas inisiatif membalas jasa jasa baik kerajaan jepun, ketika di tanya kepada salah seorang pelajar malaysia yang belajar di jepun mengenai biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,”sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan malaysia mengatakan negara akan bangkrup dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma.

Sumber twitter : Dr @tiewnama

Oleh: Halimislam On

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in BERITA DUNIA

 

Catatan peribadi mengenali Dr Bouti

Nik Nasri Nik Malek,

Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.

Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.

Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli. Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Dengan Jilbabnya Ia pun Mampu Berdakwah, 7 Profesor Barat Masuk Islam Karenanya

satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan  seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa pelarangan-cadarterhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya .  Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras detak syiar  agama Allah .

Itualah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi dijumpai di dalamnya. Dialah sosok seorang  wanita muslimah yang hatinya selalu  selalu memikul tanggung jawab da’wah. Namun sayang figur semacam ini ternyata langka untuk kita temukan. Ya memang sangat langka sekali.

Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam kesehariann.  Suaminya seorang dokter yang tinggal di kota Riyadh, Saudi Arabia.

Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu konferensi medis yang diselenggarakan di salah satu negara Eropa. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sadar sekali bahwa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera eropa tersebut.  Tuhan yang satu, Allah.  Demikian pula halnya kaum Pria yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi.  Oleh karena itu , setibanya di negara tujuan, kondisinya tidak berubah sedikitpun. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu Asree Sug

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Mac 2013 in BERITA DUNIA, VIDEO/TV

 

Puteri Jacel Kiram Mendakwa Gambar Yang Di Tunjukan Oleh Zahid Hamidi Palsu Dan Tidak Benar!!!

Image

Puteri Jacel Kiram, anak perempuan Sulu Sultan Jamalul Kiram III, menunjukkan pada hari Ahad imej berupa mangsa selepas pertembungan antara pihak berkuasa Malaysia dan pengikut bersenjata Sultan Kiram di Lahad Datu, Sabah Malaysia. Satu gambar yang serupa Puteri yang muncul di muka depan Star Filipina. Selepas dimaklumkan oleh pembaca, GMA News Online telah mengesahkan bahawa imej tersebut adalah palsu, dan besar kemunkinan askar Thai yang terbunuh di Thailand pada tahun 2007. Imej tentera Thailand yang terbunuh sebelum ini telah muncul secara meluas di Internet.. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Perang L/Datu Tamat, Solat Hajat. Najib T/Jawab?

Image
Tentera2 Sultan Sulu tu. Siap senjata M16…

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.
“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.
“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Najib dan Esmail Kiram 11, maka terbongkarlah segalanya dan sahlah Anwar difitnah

Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis…dari facebook Esmail D. Kiram 11


MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia“, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Musuh Masih Lepaskan Tembakan, Kronologi Peristiwa Serangan Anggota Keselamatan

[MK]11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.

Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Sultan Sulu : Berita Yang Di Sorokkan Oleh Utusan, RTM Dan TV3..

Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Dr. Aafia Siddiqui Mujahiddah JELITA mangsa kekejaman Amerika laknatullah

Dr. Aafia Siddiqui
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui.
Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Januari 2013 in BERITA DUNIA, KEMBARA JIHAD

 

Presiden Mahmoud Abbas kecam kunjungan Najib ke Gaza

Sumber FreeMalaysiaToday


GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.
“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2013 in BERITA DUNIA